Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pendaftaran Simpanan Shariah Bermula 8 Ogos Ini - KWSP

No Comment


KUALA LUMPUR 20 Jun - KWSP hari ini mengumumkan pilihan simpanan persaraan terbaharunya iaitu Simpanan Shariah yang akan dilancarkan pada 2017 yang akan mula dibuka untuk pendaftaran pada 8 Ogos ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, Simpanan Shariah merupakan pilihan buat ahli KWSP yang mahu menukar simpanan konvensional kepada simpanan yang diurus dan dilabur berdasarkan prinsip syariah.

Menurut beliau juga, Simpanan Shariah terbuka buat semua ahli tanpa mengira bangsa, agama dan kewarganegaraan.

Berikutan keputusan Rundingan Awam yang dijalankan oleh KWSP tahun lepas, lebih 70 peratus responden bersetuju perlu diadakan opsyen untuk ahli memilih supaya simpanan persaraan mereka diurus berdasarkan prinsip Syariah.

Oleh itu, kami dengan sukacita memperkenalkan Simpanan Shariah untuk memenuhi kehendak ahli,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli