Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Dikemaskini] Wanita Warga Asing Cedera Kereta Uber Diserang Pemandu Teksi di KL Sentral



Kuala Lumpur, 22 Jun: Seorang wanita warga asing cedera selepas lebih 50 pemandu teksi menyerang kereta Uber yang dinaiki olehnya dalam kejadian di KL Sentral kelmarin.

Laporan dari China Press menyebut, dalam kejadian yang berlaku pagi Isnin itu, wanita dari Iran itu baru sahaja tiba di Malaysia dan menggunakan perkhidmatan Uber.

Difahamkan, lebih 50 pemandu yang 'bersembunyi' di KL Sentral bertindak menyerang pasangan terbabit sebaik mereka memasuki kereta Uber tersebut.

Pasangan dan pemandu Uber itu ditarik keluar dari kereta sebelum kumpulan suspek itu dikatakan menggunakan batu untuk memecahkan tingkap kereta.

Laporan menyebut, pelancong wanita itu cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat manakala pemandu Uber itu pula membuat laporan di balai polis.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, ACP Nazri Hussain yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu sebagai berkata, kes itu yang dikategorikan sebagai jenayah telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah untuk disiasat. - Siakapkeli.my

[Kemaskini]
Menerusi laporan The Sun Daily, polis berkata wanita yang cedera dalam kejadian bukanlah seorang pelancong tetapi seorang pelajar warga Iran  yang belajar di Skudai, Johor. Wanita itu bersama anaknya ketika kejadian.

Selain itu, polis juga turut berkata hanya satu atau dua pemandu teksi terlibat bukannya lebih 50 pemandu teksi terlibat dalam kejadian. Selain itu, polis juga berkata pihaknya tidak menerima laporan dari mana-mana pemandu Uber mengenai kejadian.

Sumber : FMTThe Sun Daily
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli