Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Pakailah Purdah Kerana Ilmu, Bukan Sebab Nak Cantik," Nasihat Ustazah Berpurdah Kepada Seorang Wanita

No Comment

Sejak kebelakangan ini sudah menjadi trend di laman sosial di mana penampilan Islamik seperti memakai purdah menjadi pilihan sesetengah netizens.

Diakui apa yang mereka lakukan amat baik dituntut oleh agama disamping memperoleh ganjaran pahala, dan ada yang mereka yang sebenar-benarnya memang istiqamah memakai purdah.

Tetapi yang dipersoalkan adalah, ada diantara mereka memakai purdah semata-mata untuk kelihatan cantik, seperti sedia maklum memakai purdah salah satu sebabnya untuk mengelakkan pandangan orang lain terutamanya lelaki ajnabi terhadap kita.

Tetapi apa yang dilihat ada antara segelitir mereka yang memakai purdah sering memuatnaik gambar mereka ke laman sosial untuk tatapan dan pujian, dan ada juga segelintir yang memuatnaik gambar mereka berpurdah dan gambar tidak berpurdah.

Jadi apakah tujuan sebenar mereka ini, adakah hanya untuk cantik di mata orang terutamanya lelaki yang suka perempuan berpenampilan Islamik?

Seorang wanita berpurdah telah membuat satu dan menegur sesetengah mereka ini yang memakai purdah sekadar untuk kecantikan dan bukannya kerana tuntutan agama.

Jom kita baca teguran beliau,

Sebenarnya dah lama saya perhatikan tentang pemakai purdah ni, gadis remaja lah senang cerita eh. Saya dulu ada lah pasang niat nak pakai sebab saya tengok diorang pakai lawa je tapi bila pakai spec ni haih tak berapa nak cun le pula.

Masa dah masuk uni lagi lah kan tiba-tiba ramai pula yang minat yakni orang-orang yang dah berumah tangga. Cantik sangatkah saya ni? Rata-rata kata mereka sebab saya ni mesra dan ceria, sentiasa kelihatan manis dipandang lebih lagi bila tersenyum. Aduhai masak gitu sebab itu dah memang saya. Maka saya pun rasa mungkin ini sudah masanya untuk saya mengenakan purdah. Acah melindungi diri lah konon.

Dah cuba lah gayakan macam-macam style tapi cuma percubaan dalam bilik sahaja. huhu. Sebelum saya benar nekad, saya tanya ustazah saya yang memang saya kenali dengan perwatakan yang gila-gila dengan kami (kelas kami semua perempuan) tetapi beliau memakai purdah.

"Kamu ingat ustazah pakai sebab ustazah perasan lawa ke? Walaupun ustazah jahitkan purdah untuk kakak ustazah selama 3 tahun, ustazah tak pernah pakai lagi masa tu. Ustazah kaji kitab-kitab belajar hukum-hakam baru ustazah pakai."

"Ustazah ni nampak je macam ni, gila-gila tapi bab hukum ustazah tegas. Ustazah pakai sebab ilmu bukan sebab perasan diri ni cantik. Kamu ingat senang ke nak istiqamah dengan nak makan dengan keluarga mertua lagi. Sebab ilmulah ustazah istiqamah."

Kata-kata beliau menyebabkan saya berfikir semula. Beberapa bulan kemudian, salah seorang sahabat saya berhijrah menggunakan purdah. 

Dia menziarahi saya di universiti dan saya lihat pemakaiannya cukup sederhana. Senang cerita, kalau tengok tu tak rasa teruja apa tah lah tertarik nak tengok lagi.



Namun, kini terlalu ramai yang pakai purdah tetapi seolah tidak berpurdah. Kan lebih baik guna topeng kalau tak mau wajah dilihat. hehe. Tak ada lah orang pandang serong. 

Ye idok? Di instagram followersnya saja beribu tetapi yang difollownya ratusan cuma. Gambarnya aduh semanis kurma dicampur madu. Aksi bawah pokok kelapa lah, main pusing-pusing dengan suami lah. Alahai indahnya alam perkahwinan dan berpurdah. Tak kurang yang memuat turun video kemanisan berpurdah. Aduh indahnya.

Sebenarnya awak pakai purdah sebab apa? Taqarrub pada Allah kan? Nak elak pandangan dari ajnabi. Tapi sedarkah awak, awak dah tarik perhatian lebih ramai orang. Pakaian yang terbaik adalah pakaian taqwa. Ya awak memang cantik sampai orang lain pun nak ikut macam awak tapi niat bagaimana? Terlaksanakah nawaitu anda? Selarikah nawaitu dan perilaku anda.

Contoh macam kes saya, sekarang bila ada lelaki yang macam ingin mendekat saya langsung tak senyum sebab saya tahu senyuman saya manis dan menenangkan orang (perasan). Saya kurangkan berkomunikasi dengan ajnabi sebab saya tahu mereka suka dengan cara komunikasi saya. Jadi itulah langkahnya. Kalau saya pakai purdah tapi pakainya cantik menawan walau longgar dan tidak jarang, kemudian pergaulan saya sama seperti biasa maka masalahnya tetap di situ.

Kerana itu, tajdid niat anda. Saya memang suka melihat mereka yang berpurdah dan ingin menjadi seperti mereka tetapi saya belum melihat apakah asbab utama saya untuk memakai purdah. Saya tidak mahu disebabkan saya maka terjadi fitnah kepada golongan pemakai purdah.
Oleh itu, anda berpurdah kerana apa? Salam ramadhan dari saya.
Wassalam. - kayish @ IIUM

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli