Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nenek Terselamat Selepas Playar Jatuh Dari Tingkat 31 dan Tertusuk Masuk Dalam Kepalanya


China, 27 Jun - Seorang wanita di barat selatan China terselamat apabila playar terjatuh dari bangunan tinggi dan menusuk masuk ke dalam tengkorak kepalanya, lapor akhbar tempatan.

Mangsa, Wang Youfang, 58, sedang membawa cucunya keluar dari pagar apartmentnya di Leshan di wilayah Sichuan ketika kejadian yang berlaku pada Jumaat lepas.

Laporan dari Chengdu Business Daily berkata playar itu jatuh dari tingkat 31 bangunan.

Pembedahan untuk mengeluarkan playar yang tertusuk sedalam 15 cm ke dalam kepala mangsa itu mengambil masa tiga jam untuk dikeluarkan.

Polis sedang menyiasat kes itu dan seorang suspek telah pun ditahan. Laporan menyebut bahawa satu kerja mengubah suai bangunan menjadi penyebab insiden tersebut.



Menurut kemaskini terbaru insiden tersebut, wanita itu masih belum sedarkan diri dan doktor berkata mangsa berada dalam keadaan yang berisiko tinggi untuk terkena jangkitan dalam tempoh masa dua minggu ini, disebabkan playar itu kotor dan lukanya terlalu dalam untuk dibersihkan. - Siakapkeli.my

Sumber : South China Morning Post
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli