Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Najib Akui Mengimpikan Untuk Memiliki "The Beast" Obama



Kuala Lumpur, 9 Jun : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui beliau mengimpikan untuk memiliki kereta jenis limusin "The Beast" seperti yang dipakai oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Najib pernah merasa menaiki kereta tersebut pada 2014 dan November 2015 ketika kunjungan Obama ke Malaysia.



“Ia lebih selesa dari kereta Proton saya. Dua orang boleh duduk berhadapan kamu dan boleh mengadakan perbincangan aktif.

“Saya juga rasa selamat kerana kereta itu kalis peluru... Kereta yang sangat istimewa dan saya impikan boleh memiliki satu,” katanya sebagaimana lapor MalaysiaKini.

Najib berkata sedemikian ketika sesi dialog bersama Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Group, Patrick Grove di Persidangan Wild Digital di Kuala Lumpur, hari ini.




Model semasa kereta presiden Amerika Syarikat itu adalah berdasarkan kereta Cadillac yang unik dan dilengkapi dengan pelbagai peralatan keselamatan.

Kereta yang boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh penumpang itu juga mempunyai satelit ketenteraan dan boleh menghubungi mana-mana pihak di seluruh dunia.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli