Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kuda Hitam Jadi Viral Cuba Dijual 'Pemilik Baru' Dengan Harga RM3,000


KOTA BHARU: Kuda hitam jantan yang hilang di mana pernah menjadi viral di laman sosial baru-baru ini dipercayai telah cuba dijual oleh 'pemilik baru' melalui sebuah laman web, lapor Sinar Harian.

Menurut Wan Hanif Wan Mohd. Noor, 25, iaitu adik kepada pemilik asal kuda berkatan, kira-kira jam 2 petang kelmarin, dia mendapat berita kuda yang manja dipanggil ‘Seman’ itu dikesan berada di sebuah rumah di Kampung Gong Dermin di sini.

“Seorang rakan yang juga rapat dan selalu menjaga Seman telah ke rumah terbabit dan mendapati kuda itu berada di sana. Namun, ‘pemilik’ barunya itu mendakwa dia telah membeli Seman daripada seseorang dari Kota Jembal dengan harga RM1,500 beberapa hari lalu.

“Lebih mengejutkan apabila saya mendapati terdapat iklan untuk menjual Seman pada harga RM3,000 di sebuah laman web,” katanya.

BACA: (2 Video) Selepas Burung Unta, Giliran Kuda Hitam Pula Beraksi di Lorong Kanan

Menurut beliau lagi, apabila diminta memulangkan kuda terbabit, lelaki itu meminta mereka membayar RM1,000 sebagai ganti rugi kepadanya.

“Apa yang menghairankan, dia meminta hanya RM1,000 dan bukan RM1,500 seperti yang didakwa kos pembelian Seman.

“Ketika diminta penjelasan kenapa perlu menjual Seman dengan harga RM3,000, dia kata mahu buat persiapan hari raya,” katanya.

Untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk, dia telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung bagi berbincang dengan lelaki berkenaan.

“Buat masa ini saya masih belum membuat laporan polis, biarlah perkara ini diselesaikan dengan baik,” katanya.

Ahad lalu, tersebar video seekor kuda hitam berlari di atas jalan raya berhampiran Wakaf Siku di sini menjadi viral di laman sosial. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli