Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Korea Selatan Cadang Haramkan Majikan Hubungi Pekerjanya Di Luar Waktu Pejabat


Pihak berkuasa Korea Selatan dalam satu kenyataan sedang mempertimbangkan undang-undang di mana akan menharamkan pihak majikan mengganggu kakitangan mereka di rumah jika berada di luar waktu bekerja, lapor Guardian.

Undang-undang yang melarang majikan menggangu pekerja di luar waktu bekerja ini telah di bawa ke parlimen negara berkenaan Rabu lalu di mana ia dikemukan oleh 12 orang ahli parlimen pembangkan Minjoo.

Ini adalah berikutkan banyak aduan mengenai perkara ini yang dibimbangi akan menyebabkan ketidakseimbangan kerja dengan kehidupan harian di negara itu.


Berikutkan perkembangan teknologi semasa, dilihat ramai majikan yang menghantar mesej kepada pekerja berkaitan perkerjaan di pejabat melalui telefon, teks, media sosial atau melalui aplikasi KaKao Talk yang popular di Korea selepas waktu kerja rasmi tanpa mengira masa.

"Apabila lebih banyak syarikat menggunakan media sosial atau telefon bimbit untuk menghantar pesanan mengenai kerja tanpa mengira masa, sudah pasti ia akan memberi tekanan kepada pekerja sehingga tahap maksimum," kata wakil kerajaan dalam satu kenyataan.

Berdasarkan rekod, waktu bekerja di Korea Selatan adalah antara negara yang paling lama waktu berkerja iaitu 2124 jam dimana purata mereka juga bekerja sehari adalah 11 jam termasuk di luar waktu pejabat kerana tekanan daripada majikan.

Selain Koera, Perancis juga dikatakan akan menguatkuasakan undang-undang yang menghalang majikan menghubungi pekerja di luar waktu pejabat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli