Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kerana Anti Vaksin, Saya Hilang Hanny Untuk Selamanya," Luahan Hati Seorang Ibu


Sebelum ini kita terdengar pelbagai kisah mengenai vaksin, ada yang mempercayai vaksin adalah rekaan golongan tertentu dunia untuk merosakkan umat, dan ada yang percaya vaksin dicipta menggunakan 'benda' tidak halal dan ada yang betul-betul mempercayai kepentingan vaksin untuk mengawal penyakit.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru-baru ini telah menyatakan ibu bapa yang menolak vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit mengancam nyawa adalah berdosa.

Kenyataan berkenaan sedikit membuka mata sesetangah mereka yang anti vaksin ini di mana sebelum ini mereka merasa was-was kandungan dalam vaksin.

Diceritakan oleh seorang ibu bernama Rohaida Ramli kisah yang berlaku tahun lalu di mana beliau telah kehilangan anak tercinta pada umur 59 hari.

Berikut adalah cerita beliau.


Assalamualaikum..

Pertama sekali Al Fatihah untuk puteri kesayanganku Nur Hanny Saffiya yang telah kembali kepada penciptanya pada 21 November 2015 lalu pada usianya baru 59 hari.

Ibu dan ayah redha dengan ujian ini, satu kehilangan sangat menyedihkan. Sekelip mata segalanya berubah di mana hasil dari 'results' mendapati anak saya dijangkiti batuk kokol -patosis dari antivaksin.

Sangat mengejutkan kerana tidak sempat Hanny mendapat vaksin untuk bayi 2 bulan, keadaannya amat tenat dan yang  peling memilukan selama 2 minggu saya menjaganya di hospital, saya terpaksa melihat Hanny dalam keadaan yang cukup menyayat hati.

Batuk yang berpanjangan sehinggalah Hanny diberi mesin bantuan pernafasan, namu akhirnya Hanny pergi jua setelah berjuang selama hampir 2 minggu.

Saya tidak dapat bercerita lagi kerana sebak bila mengingatinya, amat penting vaksin untuk anak, sedarlah ibu bapa diluar sana, berilah anak anda vaksin, jangan sidebabkan kedegilan anda, anak-anak akan menjadi mangsa.

Penularan pelbagai penyakit sekarang ini janganlah diambil muda hingga meragut nyawa orang lain. 

Setiap apa yang terjadi adalah ketentuanNya, kita hanya perlu berikhtiar dan berusaha, segalanya kita tawakal dan serahkan kepadaNya - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli