Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kemaluan Kanak-Kanak 3 Tahun Tersepit Pada Eskalator di Sebuah Pasaraya di Perak


BAGAN SERAI, 6 Jun: Seorang kanak-kanak tiga tahun terpaksa menahan derita apabila kemaluannya tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya di sini dalam kejadian malam tadi.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8 malam itu, kemaluan kanak-kanak terbabit tersangkut ketika dia sedang menaiki eskalator itu bersama keluarga.

Punca kejadian bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kira-kira jam 8.16 malam.

"Setiba di lokasi kejadian, bomba terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengumpil eskalator bagi menyelamatkan mangsa.

"Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat kira-kira jam 8.50 malam.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/161561



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli