Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kanak-Kanak Kritikal Dipatuk Ular


Mersing, 16 Jun: Seorang kanak-kanak berumur lelaki setahun 9 bulan kritikal selepas dia dipatuk ular dalam kejadian di rumahnya di Kampung Wak Salam di sini kira-kira jam 9 malam tadi.

Harian Metro melaporkan, mangsa, Mohd Iskandar Mohd Syukuri sedang leka bermain di rumah bersama ibunya. Ketika itu bapa mangsa ke luar bandar untuk membeli barang.

Mangsa dikatakan menjerit kesakitan sambil berlari ke arah ibunya dan apabila diperiksa, ibu kanak-kanak itu melihat ada kesan gigitan di kaki.

Difahamkan, dalam masa sama ibu mangsa melihat seekor ular tedung senduk menjalar keluar dari celah tikar di dalam rumah sekaligus menyebabkan keluarga bergegas membawa kanak-kanak itu ke Hospital Mersing untuk tindakan lanjut.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan lanjut dan difahamkan masih dalam keadaan kritikal. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli