Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kakitangan Awam Selangor Terima 3 Berita Baik, Bonus Sebulan Setengah Gaji, Gaji Naik 2 Kali Tahun Ini Dan..


Kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali sebentar tadi telah mengumumkan berita tiga baik yang pasti mengembirakan kakitangan kerajaan negeri berkenaan.

Azmin menyatakan selaras dengan tema 'Membangun Smart Selangor Yang Peduli', kakitangan kerajaan akan menikmati bonus hari raya sebanyak sebulan setengah gaji yang akan di bayar pada 1 julai ini di mana ia akan dinikmati oleh 17,528 orang.


Selain bonus, kakitangan kerajaan negeri Selangor akan menikmati  kenaikan gaji sebanyak dua kali pada tahun ini di mana kenaikan pertama bermula Julai ini.

Berita baik yang ketiga pula ialah bagi kakitangan Gred 41 ke bawah, mereka akan menikmati kenaikan elaun perumahan daripada RM180 kepada RM300 sebulan.

"Tidak wajarlah sekadar ucapan terima kasih atas komitmen penjawat awam tanpa sebarang insentif."

"Maka, kita bersetuju memberikan tiga insentif termasuk bantuan kewangan aidilfitri, kenaikan gaji sebanyak dua kali bagi 2016 dan kenaikan imbuhan tetap perumahan," kata Azmin di Dewan Jubli Perak, SUK, Selangor sempena Majlis Rapat Ramadhan bersama perkhidmatan awam negeri Selangor.

Menurut beliau lagi. sehingga 16 Jun 2016, rezab simpanan kewangan kerajaan Negeri Selangor adalah RM 4 Bilion. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli