Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kaki Mereput Selepas Main Game 6 Hari Berturut-turut

No Comment

China - Seorang lelaki ditemui oleh polis dalam keadaan tidak sedarkan diri berdekatan sepohon pokok di trek keretapi di Hangzhou, dengan keadaan kakinya yang berdarah dan bernanah.

Polis itu kemudian bertindak segera dengan menelefon ambulan dan tidak lama selepas itu, lelaki itu bangun meminta air.

Menurut lelaki itu, dia telah merayau-rayau selama tiga hari tanpa hala tuju dan tidak makan selama tiga hari memandangkan dia tiada duit untuk membeli makanan, selepas menghabiskan semua duitnya dalam maraton permainan video selama 6 hari di cyber cafe.

Polis kemudian menghubungi ibu bapa lelaki yang berusia 19 tahun itu menerusi telefon. Pada awalanya, ayah lelaki berkenaan tidak membenarkan anak itu pulang namun selepas beberapa berfikir, dia kemudian meminta agar polis menghantar anaknya itu pulang ke rumah.

Menurut bapanya, lelaki berkenaan tidak tahu apa-apa melainkan bermain game atas talian. Bapanya juga menjelaskan anaknya itu sudah melarikan diri selama 10 hari lepas.

Remaja di negara ini sememangnya terkenal dengan ketaksuban mereka bermain game. Tahun lepas, ibu bapa seorang gadis terkejut setelah anak mereka tidak mati setelah hilang; tetapi hidup dengan berpindah randah dari satu cyber cafe ke cyber cafe yang lain selama 10 tahun. - Siakapkeli.my

Sumber : shanghaiist.com/
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli