Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

JAKIM Sekali Lagi Tampil, Sahkan Mee Segera Ramyeon-Samyang Adalah Halal


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,(JAKIM) dalam kenyataan terbaru mereka telah menegaskan produk Mee Segera Ramyeon-Samyang yang hanagt diperkatakan di media sosial kini adalah halal.

Menurut mereka. ketika ini status halal produk ini telah kembali menerjah facebook pihak Jakim selepas beberapa individu memuatnaik kembali yang mendakwa mee segera berkenaan haram.

"Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim."

"Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini," jelas mereka.

Menurut Jakim lagi, pihak KMF mendakwa syarikat berkenaan yang menghasilkan mee segera ini patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF.

"Selain itu, kenyataan ini diperkukuhkan lagi turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut," tegas pihak Jakim lagi.

Sehubungan itu, mereka meminta supaya orang ramai berhenti menyebarkan maklumat palsu berkenaan di mana mereka boleh menyemak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim atau hubungi  03-8892 5000/1. - Siakapkeli.my

Kenyataan sebelum ini.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli