Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Pedofilia: "Apa Yang Saya Marah, Bapa Mangsa Minta Saya Tarik Balik Report," - Puan Zarra Asyaari


Pagi tadi kami ada menyiarkan  artikel mengenai Puan Zarra Asyaari yang menceritakan sebuah kejadian di mana seorang lelaki yang menunggang motosikal membawa seorang kanak-kanak perempuan berhenti di belakang rumahnya.

Namun tindakan lelaki berkenaan yang membuka zip seluar dan menyelak baju dan kain kanak-kanak perempuan itu membuatkan beliau menjerit sehingga menyebabkan lelaki itu melarikan diri.

BACA: Wanita Menjerit Nampak Lelaki Buka Zip Seluar Dan Selak Baju Budak 5 Tahun Belakang Rumahnya

Tindakan itu dipercayai aktiviti Pedofelia di mana kanak-kanak berkenaan menjadi mangsa dipercayai dari darah dagingnnya sendiri.

Berikutan itu beliau telah membuat laporan polis dan berjanji akan berjuang untuk kanak-kanak itu sehingga selesai.

Dalam posting ini kami muatkan kemaskini kes berkenaan.

Memetik tulisan terbarunya di Facebook, Puan Zarra dikatakan telah berjaya mengenal pasti si pelaku dan telah pergi ke sekolah berkenaan untuk berjumpa pihak sekolah dan bapa kanak-kanak tersebut.

Ini adalah perkongsian beliau.


Assalamualikum warrohmatullahiwabarokatu.....sebelum saya ingin bercerita panjang, saya minta maaf, saya 'hide'kan tempat mangsa bersekolah, keluarga mangsa dan si pelaku... 

Alhamdulillah,, kes telah berjalan dengan lancar, tadi saya berada di sekolah dan saya dah jumpa adik itu, saya tengok beg dia, saya sedih sangat-sangat, saya nak peluk dia, saya nak cakap dengan dia adik dah selamat.

Paling menyedihkan saya apabila kanak-kanak itu bagitahu yang di belakangnya rasa sakit macam rasa cucuk-cucuk. Ya Allah..

Semasa saya berada di sekolah tersebut, bapanya sedang berada di dalam bilik pengetua sekolah, pengetua telah memaklumkan kejadian yang menimpa anaknya itu., yang paling saya tak dapat terima, si pelaku ada pertalian saudara dengan kanak-kanak tersebut.


Namun, yang paling saya marah, bapanya suruh saya tarik balik laporan polis yang saya telah buat kerana ingin menjaga nama baik keluarga.

Ya Allah... saya minta maaf, saya tak dapat nak tarik balik laporan polis itu, saya serahkan semua kepada pihak polis, tugas saya dan selesai.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang 'follow' saya dan yang 'inbox' tak henti-henti, yang doakan saya, bagi kata-kata semangat...terima kasih juga pada sahabat kota saya...cikgu-cikgu yang membantu....ada hikmah disebalik kejadian ini....berlaku di depan mata saya sendiri...Allahuakbar...

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli