Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Gaji Bukan Rakyat Bayar: "Ahli Parlimen Langkawi Ni Sekolah Di Mana?" - Ibrahim Ali


Nampaknya kenyataan "gajinya bukan dibayar oleh rakyat tetapi dibayar kerajaan" 
yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen,YB Dato' Ir. Hj. Nawawi Bin Hj. Ahmad telah menjadi semakin panas dan mengundang kritikan ramai.

Terbaru, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali telah menyelar kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu mengenai isu berkenaan.

Beliau menyifatkan Nawani sebenarnya langsung tidak memahami konsep asas sistem percukaian.

"Dia (Nawawi) itu sekolah di mana?

"Tanya pada dia kerajaan dapat duit daripada mana? Tentulah daripada cukai yang dibayar oleh rakyat, bererti segala-galanya adalah duit rakyat," ujar dipetik laporan Astro Awani.

Menurut beliau, gaji dan elaun yang diterima setiap wakil rakyat di negara ini memang datang daripada kerajaan tetapi kerajaan memperoleh dana daripada rakyat.

Nawawi sebelum ini telah memuat naik artikel pendek tentang sistem percukaian Denmark di laman Facebooknya pada 6 Jun 2016.


Berdasarkan artikel yang dimuatnaik beliau menyatakan rakyat Denmark menikmati pendidikan percuma dan penjagaan kesihatan percuma, tetapi mereka perlu menanggung cukai yang tinggi antaranya cukai pendapatan minimum 40 peratus, cukai jualan 25 peratus serta beberapa lagi cukai yang dikenakan kerajaan.

Bagaimanapun kepsyen yang berbunyi "Tudia Denmark nampak semua free tapi cekik balik rakyat dia" telah mengundang kritikan netizen di mana mereka berkata gaji yang diterimanya selama ini dibayar oleh rakyat.

Nawani kemudian menjawab kenyataan netizen tersebut dengan menegaskan gajinya bukan daripada rakyat tetapi dibayar oleh kerajaan dan duit kerajaan bukanlah duit rakyat.

"Sekali duit terlepas ke pihak lain ia bukan lagi duit kita.

"Kalau duit kerajaan duit rakyat maka marilah kita ramai ramai pi serang semua jabatan kerajaan ambil balik duit kita," tulis Nawani di laman Facebooknya.


Jawapannya itu ternyata menjadi panas dan mendapat kritikan ramai, namun beliau tetap mempertahankan kenyataan itu dengan tidak menarik balik kerana berpendapat ia merupakan hujah peribadi antara dirinya dengan netizen.

"Hakikat itu siapapun tak nafikan bahawa kerajaan mendapat sebahagian sumbernya dari cukai rakyat.

"Tapi cukai bukan bagi free tapi wajib bagi demi untuk mendapat perkhidmatan dari kerajaan seperti keselamatan, kesihatan, pendidikan, infrastruktur dan lain-lain."

"Maka secara teknikalnya duit yang dibayar oleh rakyat sebagai cukai sudah menjadi hak milik kerajaan dan gaji serta elaun yang dibayar kepada wakil rakyat datangnya daripada akaun kerajaan, bukannya akaun rakyat," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )
  1. malaysia bolehland.. tunggu next pru yea.. jgn buat2 lupa pulak

    BalasPadam

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli