Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Beg Udara Takata, Wanita Dakwa Nyaris Maut Gara-Gara Beg Udara Pecah, Inflator Terkena Leher

No Comment

Sebelum ini kami ada mendedahkan betapa seriusnya isu beg udara Takata sehingga layak digelar 'beg udara pembunuh' di mana kerana masalah beg udara ini yang membuatkan beberapa syarikat kereta utama telah memanggil semula (recall) kereta keluaran mereka yang menggunakan beg udara berkenaan.

Selepas beberapa syarikat termasuk Honda mengumumkan untuk 'recall' beberapa model keluarannya, kita dikejutkan dengan berita seorang pemandu wanita dari Petaling Jaya maut dalam kemalangan selepas inflator beg udara Takat Single Stge (SDI) di bahagian pemandu pecah.

Selepas kami memuatnaik artikel bertajuk Ketahui 7 Perkara Penting Tentang Isu Beg Udara Takata 'Beg Udara Pembunuh' di laman Facebook Siakap Keli, seorang wanita bernaman Puan Rabiah Bie telah tampil menceritakan pengalamannya ngerinya yang baru di lalui.

Dia menceritakan yang dia hampir terbunuh apabila beg udara kereta jenis Honda City miliknya pecah dan mendakwa inflator telah tercampak keluar dengan laju mengenai tepi lehernya menyebabkan dia telah menerima 13 jahitan.

Berikut adalah ceritanya


(kami terpaksa sensor kecederaan kerana dilihat terlalu 'berat' untuk dilihat, jika ingin melihat gambar tanpa sensor atau betapa seriusnya kecederaan Puan Rabiah sila klik SINI) iaitu komen pertama di bawah artikel.

Gambar lebih jelas.







Menurut Puan Rabiah, apa yang dikongsikannya bukan untuk mendapat publisiti, tetapi untuk memberi kesedaran kepada orang ramai di luar sana yang bersikap acuh tiak acuh pasal beg udara ini.

"Mangsa yang terkena airbag pecah kebanyakkan meninggal dunia, tapi Alhamdulillah, syukur saya masih selamat, sekadar mendapat kecederaan di leher, harap-hara selepas ini dah tidak ada lagi yang menjadi mangsa serpihan dari inflator airbag," tulisnya.

Oleh itu, kepada semua pemilik kereta yang terlibat, sila rujuk kepada pusat servis kereta anda terdekat sebelum kejadian tidak diingin terjadi.

'Ini adalah perkongsian berdasarkan apa yang sudah terjadi. jangan lenggahkan lagi, bayangkan kereta anda dipandu oleh orang tersayang.

Berikut adalah senarai kereta yang terlibat.

Berikut adalah jenama dan model yang terlibat dalam krisis beg udara Takata.

Jenama :  Honda

Model yang terlibat :
Accord (2003 – 2011),
City (2009 – 2011),
Civic (2007 – 2011),
CR-V (2008 – 2011),
Freed (2009 – 2011),
Insight (2011),
Jazz (2009 – 2011),
Odyssey (2004 -2008)

Hubungi  talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari laman sesawang honda.com.my

Jenama : Toyota

Model yang terlibat :
Vios (2007 – 2008),
Corolla Altis (2007 – 2008),
Yaris (2007 – 2008)

Hubungi talian bebas tol 1-800-88 6968 2 atau layari laman sesawang toyota.com.my

Jenama : Mazda

Model yang terlibat :
Mazda BT-50 (2006 – 2011),
Mazda 6 (2003 – 2007)

Hubungi talian 03 -7627 8999 atau layari laman sesawang mazda.com.my

Jenama : Nissan

Model yang terlibat :
X-Trail (2002 – 2007),
Teana (2004),
Liberty (2003)

Hubungi talian 1-800-88 3838 atau layari laman sesawang nissan.com.my

Jenama : Suzuki

Model yang terlibat :
Swift 1.4 CKD
CBU (2012 – 2014)

Hubungi talian 1-300-88 6699

(Semua perihal servis lepas jualan Suzuki boleh dirujuk kepada pusat servis Suzuki yang sudah dijenama semula sebagai Proton, hubungi nombor di atas untuk maklumat lanjut.)

Jenama : Mitsubishi

Model yang terlibat : Triton 3.2 (2006 -2014)

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli