Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hari Raya Nanti, Cuba Elakkan Bayi Anda Dicium Orang Sekeliling Terutama Muka

No Comment

Beberapa hari lalu negara kita dikejutkan dengan kematian beberapa orang kanak-kanak akibat dijangkit virus difteria sehingga pihak kerajaan mengeluarkan nasihat kepada ibu bapa supaya mendapatkan vaksin lima serangkai.

Selain beberapa kes jangkitan dan kematian itu, terbaru Pengarah Jabatan kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail telah mendedahkan lapan orang kanak-kanak disahkan menjadi mangsa terbaru dijangkiti virus difteria semalam.

Oleh itu, selain mendapatkan vaksin ibu bapa diminta supaya lebih peka dengan persekitaran anak-anak untuk mengelakkan terkena jangkitan virus yang boleh meragut nyawa berkenaan.

Sempena hari perayaan yang sudah dekat, sudah pasti ramai keluarga dan sanak saudara akan berkumpul, sudah pasti si kecil kita menjadi perhatian ramai orang untuk menciumnya.

Dikongsikan oleh Puan Puteri Zahararina Zulan, beliau telah tampil memberi panduan mengenai perkara ini. Jom kita baca.

Disebabkan pelbagai wabak dah ada. Raya nanti kalau boleh elakkan orang sekeliling mencium anak anda. Terutama akawasan muka. geram, geram jugak. Cium nak bau baby ke hapa ke, pikir 3 4 kali naa. Baby imun lemah lagi. Kalu boleh tkyah cium2. Cukup la dukung main cak cak udahhh.

Highlight

1. Terutama pada yang pakai gincu. Jangan sesekali cium bayi kerana kulit bayi amat-amat sensitif.

2. Tak pakai gincu pun tak boleh cium..

3. Yang tak sihat lagi la jangan cium, jangan dukung. Kalau boleh jangan dekat dgn baby. Lambai2 je dari jauh.

4. Salam baby pun takkn tak boleh? Itu kena tanya mak pak dia.

5. Yang paling penting, mintak izin dgn mak pak dia dulu. Jangan terus cium, gomol bagai.

Tips :-

1. Elok lepas ni korang buat baju, "no kiss" utk bayi korg. Atau pakaikan je bibs "no kiss".

2. Tgk dh lama sgt dukung n gomol2, boleh la mintak izin nk nyusukn ke. Nk tido kan ke.

3. Terus terang je, "kulit baby sensitif, jangan cium2 yea." Yang penting, senyum. Jangan muka cuka.
Kot ada lagi nak tambah tips, leh share yea.

Mak bapa ni bukan kedekut atau poyo tak nak bagi orang gomol-gomol anak dia, cuma untuk berjaga-jaga. Terutama orang dewasa. Orang dewasa ni kalau tak sihat tak ada simptom2 pun. Jadi susah kita nak kesan penyakitnya.

Orang lain jangan jeling-jeling atau mengata pula bila mak bapa tak bagi gomol-gomol. Sebab itu anak depa, depa ada hak. Jika ank depa sakit, depa yg sengkang mata, bukan anda. 😊

Hormati pilihan mereka dan cara mereka.

- Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli