Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Guan Eng Hadapi Dua Dakwaan Rasuahse



GEORGE TOWN, 29 Jun: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan petang tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bilik mesyuarat selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Komtar.

Lima hingga lapan pegawai lelaki berpakaian biasa dilihat mengiri Lim memasuki lif peribadi dari aras 28.

Exco negeri, Chow Kon Yeow memberitahu pemberita bahawa Lim akan dibawa ke pejabat SPRM dan beliau akan diberikan waran tangkap berhubung dua pertuduhan.

"Dakwaan adalah mengikut Seksyen 23 dan Seksyen 165 Akta Pencegahan Rasuah.

"Pertuduhan pertama adalah mengenai kelulusan permohonan Magnificent Emblem untuk menukar tanah pertanian kepada kediaman.

"Tetapi seperti yang kita tahu, ia telah ditolak oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

"Yang kedua adalah berkaitan dengan pembelian rumah banglo di bawah harga pasaran.

"Beliau akan didakwa pagi esok di Mahkamah Sesyen," kata Chow sebagaimana lapor mStar Online.

Sementara itu, SPRM menerusi satu kenyataan berkata penangkapan itu dilakukan atas arahan Pejabat Peguam Negara, lapor The Star.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli