Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gempar Cebisan Ayat Al-Quran Bertaburan Atas Jalan Raya

Orang ramai mengutip cebisan ayat Al-Quran yang bertaburan atas jalan raya.

LABIS, 23 Jun - Pengguna jalan raya di jalan Yong Peng-Segamat berhampiran sebuah bank di sini gempar apabila mendapati cebisan kertas yang bertaburan di atas jalan raya merupakan cebiasan ayat suci al-Quran.

Seorang pekerja pembersihan bank itu, Wahid Md Elah, 55, berkata dia menyedari kejadian itu dalam pukul 12 tengahhari ketika dia sampai ke tempat kerjanya itu selepas menghadiri hari terbuka sekolah anaknya.

"Ketika sampai semula di hadapan tempat kerja, saya dapati banyak cebisan kertas bertaburan di jalan raya dan apabila diperiksa saya dapati ianya cebisan al- Quran yang telah dikoyak kecil.

"Saya terus mengambil beg plastik dan mengutip cebisan ayat suci berkenaan sebelum dibantu oleh orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Dia juga menzahirkan perasaan terkilan atas kejadian itu yang berlaku di bulan Ramadan dan berharap agar pihak berwajib menyiasat dan mengambi tindakan terhadap pelaku.

Seorang kakitangan bank pula berkat, ketika itu hanya tafsiran al-Quran sahaja yang bertaburan di atas jalan raya.

"Kira-kira jam 1 petang pula, saya dimaklumkan oleh salah seorang pelanggan terdapat sebuah kereta yang membuang cebisan kertas dan apabila diperiksa ianya adalah cebisan al-Quran.

"Saya enggan membuat sebarang andaian berhubung kejadian tersebut, namun ini merupakan kejadian pertama berlaku di sini dan meminta agar siasatan terperinci dilakukan oleh pihak berwajib," katanya.

Sementara itu, Adun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang melawat tempat kejadian berharap agar umat Islam di sini bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu.

"Kejadian ini memang melukakan hati umat Islam, namun ianya perlu ditangani dengan bijak dan tidak perlu menuding jari kepada pihak tertentu kerana ianya boleh mencetuskan keadan tidak tenteram.

"Kita serahkan perkara ini kepada pihak berwajib untuk membut siasatan termasuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memastikan kejadian ini disengajakan atau sebaliknya," katanya.







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli