Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan Rawatan, Lelaki Tikam Anak Doktor 12 Kali

No Comment


CHANGSHA - CHINA : Seorang anak doktor ditikam oleh seorang lelaki lebih 12 kali di dalam sebuah bas gara-gara tidak berpuas hati dengan rawatan yang diberikan oleh bapanya.

Sixth Tone melaporkan bapa kepada remaja berusia 10 tahun itu bertugas di hospital di Yuejiaqiao.

Suspek yang berusia 54 tahun itu sebelum ini mendapatkan rawatan doktor tersebut.

Menerusi rakaman CCTV, suspek dilihat membayar tiket dengan tenang sebelum menyerbu mangsa dan memulakan serangan.

Serangan terhenti apabila pemandu bas dan seorang penumpang lain menahan suspek.

"Mangsa mengalami luka tikaman dan cedera di bahagian muka," kata paramedik yang membawa remaja itu ke hospital menggunakan ambulan.

Remaja itu kini dilaporkan dalam keadaan stabil. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli