Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Tidak Pernah Lupa Cita-Cita Masa Kecil, Lelaki Berjaya Cipta Helikopter Selaju 200 KM/Jam

No Comment

Hengshui (China): Seorang warga tempatan disini berjaya merealisasikan impian zaman kanak-kanaknya apabila berjaya menerbangkan sebuah helikopter ciptaannya sendiri.

Apa yang lebih mengagumkan, helikopter yang dicipta itu boleh terbang selaju 200 km sejam dan sejauh 400 km.

Xie Baogang, 31, berkata dia sejak kecil lagi sudah berminat dengan dunia penerbangan dan bercita-cita untuk menjadi juruterbang. Namun apabila dia dewasa, Baogang membuka perniagaan pintu dan tingkap.



Namun, biarpun perniagaannya bertambah maju, dia tidak pernah melupakan cita-cita zaman kecilnya.

Beberapa tahun selepas itu, Baogang mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia perniagaan dan menumpukan seluruh perhatian dalam bidang kajian mengenai dunia penerbangan.

Pada 2009, Baogang berjaya menyiapkan sebuah helikopter yang direka dan dibuatnya sendiri tetapi akibat kekurangan pengalaman pesawat itu gagal ujian penerbangan.

Bagaimanapun, Baogang tidak berputus asa dan mengeluarkan lapan prototaip helikopter yang lain sebelum dia berjaya mencipta helikopter yang boleh terbang dengan selamat.


Baogang berkata, dia sangat gembira kerana cita-citanya untuk menjadi juruterbang tercapai dan lebih manis lagi dia menerbangkan pesawat ciptaannya sendiri. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli