Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Gambar) Lelaki Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Parah Terkena 5 Das Tembakan


Kuala Lumpur: Seorang  Eksekutif sebuah syarikat swasta parah selepas ditembak di Lebuhraya Sungai Besi, Seremban-Kuala Lumpur, di sini, kira-kira 8.40 pagi tadi, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mangsa lelaki berusia 40 tahun telah terkena 5 das tembakan ketika sedang memandu kereta untuk ke tempat kerjanya di Damansara, sebelum didatangi suspek menaiki sebuah motosikal dan melepaskan enam tembakan.

"Akibat daripada tembakan itu dua terkena pada tangan kanan mangsa, dua di leher dan satu di dada," katanya.

Menurut Datuk Amar, motif kejadian masih lagi dalam siasatan di mana polis akan mengambil keterangan mangsa sebaik dia berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan lelaki itu kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. - Siakapkeli.my





Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli