Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Fotografer Ini Dedah Tips Bagaimana Hasilkan Video 'Freeze Time', Pegun Macam Patung


Jika sebelum ini kita menonton filem X-Men memaparkan Professor X menghentikan masa di mana tiba-tiba orang ramai tidak bergerak dan pegun seperti patung.

Sudah pasti ramai tidak berasa apa-apakan kerana berfikir mungkin ia kecanggihan teknologi Hollywood yang kita tidak ada teknologi ini. Tahukah anda sebenarnya ianya hanya teknik mudah yang ramai rakyat Malaysia tahu menghasilkannya.

Baru-baru ini menjadi viral di laman sosial Facebook sebuah video yang dihasilkan oleh sekumpulan fotografer dari Kaio Studio yang sungguh 'superb'.


Bila video berkenaan dihasilkan oleh anak tempatan, ramai mula tertanya-tanya bagaimana ianya dihasilkan.

Kalau tengokkan time video diambil tak sangkakan video secantik dan sehebat ini terhasil.


Jadi bagaimana ianya dihasilkan? susah ke nak hasilkan? seorang fotografer bernama Ridhwan Amin Rodi atau lebih dikenali dengan nama Joy Rudy telah berkongsikan cara menghasilkan video ini.

Jom kita baca bagaimana nak hasilkan video Freeze Time ini.

1. Kumpul seberapa ramai orang. Lagi ramai lagi bagus!

2. Suruh mereka jadi patung ! Kelip mata pun tak boleh ! Kalau dapat freezekan baby itu kira bonus untuk anda !

3. Record video.

4. Dalam editing kasi slowmo & fast forward.

5. TARAAAAA !!!! DAH SIAPPPP !!! :D

SELAMAT MENCUBA !!!

*Share tips teknik ini kepada rakan-rakan anda !

Jom kita tengok hasilnya.


Menurut Joy, dia telah lama mengetahui teknik ini iaitu sejak berumur 17 tahun lagi selepas belajarnya di Youtube.

Jom tengok video milik beliau lagi semasa berumur 17 tahun hasil 'berguru' dengan Youtube.


Memang menarik, kepada anda diluar sana boleh la cuba-cuba, kalau tak faham rujuk Mr Youtube. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli