Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Foto) 2 Maut Kemalangan Babitkan 14 Kenderaan, Sebabkan Kesesakan 5 KM



Kuala Lumpur, 23 Jun: Dua disahkan maut manakala lima lagi cedera dalam satu kemalangan yang membabitkan 14 buah kenderaan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Tanjung Malim, 9.37 pagi tadi.

Harian Metro melaporkan, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelmat Selangor berkata kemalangan itu membabitkan 11 kereta dan tiga lori.

Menurutnya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Kuala Kubu Bharu tiba di lokasi pada 10.23 pagi untuk melakukan kerja menyelamat.

"Setakat ini dua disahkan maut manakala lima lagi cedera.

"Pihak kami kini sedang giat membantu menyelamatkan mangsa lain," katanya.

Sementara itu, tweet dari plusline menyatakan, kemalangan menyebabkan kesesakan sehingga 5 KM. Oleh itu orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif. - Siakapkeli.my









Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli