Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Filipina Sahkan 4 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Abu Sayyaf Telah Dibebaskan

No Comment


Manila, 8 Jun: Tentera Filipina mengesahkan bahawa empat rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan Abu Sayyaf sebagai tebusan sejak dua bulan lalu sudah dibebaskan hari ini.

Menurut jurucakap tentera Filipina, Filemon Tan, keempat-empat mereka dibebaskan selepas tengah malam tadi di Pulau Jolo sebelum dibawa dengan bot laju sejauh 300 km ke Sabah, lapor Harian Metro.

Namun jurucakap itu tidak menyatakan sama ada wang tebusan dibayar atau tidak.

Empat kelasi bot tunda berasal dari Sarawak, Wong Teck Pang, 31, Wong Hung Song, 34, Wong Teck Chi, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21, diculik dari bot mereka di Semporna, Sabah, 1 April lalu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli