Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Doktor Pertaruh Nyawa Buang Bom Hidup Yang Terlekat di Muka Askar


Colombia, 11 Jun - Pakar bedah telah berjaya mengeluarkan satu bom hidup dari muka seorang askar dalam satu operasi pembedahan yang dijalankan di kawasan letak kereta sebuah hospital selepas bom itu ditembak kearah askar terbabit dalam satu insiden yang berlaku beberapa hari lalu.

Alat letupan itu berjaya dibuang namun proses membuangnya berjalan dalam keadaan tertekan kerana bom itu boleh meletup bila-bila masa.

Disebabkan itu, operasi mengeluarkan bom terbabit dibuat di kawasan letak kereta Hospital Tentera di Colombia supaya tiada pesakit yang akan terkesan sekiranya bom itu meletup.



Pihak berkuasa kini masih lagi menyiasat bagaimana bom itu boleh melekat di dalam muka askar terbabit yang dikenali sebagai Luis Eduardo Perez Arango.

Bagaimanapun, beberapa laporan menyebut bom itu melekat pada muka askar itu kerana penyalahgunaan senjata berat yang dilengkapi dengan pelancar bom menyebabkan bahan letupan itu secara tidak sengaja melekat pada tengkorak askar tersebut.

Operasi dilakukan di kawasan letak kereta hospital.
Ketua operasi pembedahan itu, William Sanchez berkata : "Ianya saat yang sangat getir, tapi tak ada pilihan lain selain mencuba untuk menyelamatkan nyawa pesakit, termasuk berdoa kepada tuhan supaya tiada tragedi yang berlaku."

Bom terbabit terlekat di tengkorak mangsa.
Pasukan bedah itu menyifatkan kumpulan mereka menjalankan operasi itu dengan sangat berhati-hati supaya mereka tidak terletupkan bom itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli