Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Denda Maksimum RM2000 Dan Penjara Bagi Kesalahan Guna Lorong Kecemasan


Kuala Selangor: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam satu kenyataan media menyatakan pihak mereka tidak akan berkompromi lagi dengan pengguna jalan raya yang mementingkan diri menggunakan lorong kecemasan di mana akan dibawa ke mahkamah berkuatkuasa serta-merta.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, mereka ini yang masih berdegil menggunakan lorong kecemasan akan dihadapkan ke mahkamah mengikut Kaedah 9 dan 53 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun.

"Sebelum ini mereka hanya dikenakan saman RM300 tetapi kita lihat jumlah saman itu agak rendah dan tidak memberi kesedaran kepada mereka.

“Sebab itu kita memandang perkara ini serius sekali gus mengambil tindakan mahkamah yang membolehkan mereka disaman maksimum RM2,000 atau penjara setahun," katanya dipetik laporan Bernama.

Menurut beliau, 7 daripada 91 pemilik kenderaan yang dikenal pasti menggunakan lorong kecemasan di KM228 Lebuhraya PLUS, di Melaka, bulan lalu, sehingga menghalang ambulan sudah memberikan keterangan kepada JPJ dan akan didakwa di mahkamah kerana kesalahan berkenaan.

“Seramai 84 lagi diberi tempoh sehingga 16 Jun ini untuk memberi keterangan, jika gagal tindakan mahkamah akan terus diambil terhadap mereka,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli