Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Caj Tersembunyi Tidak Munasabah Dikenakan Astro, Kementerian Akan Siasat Dakwaan Pengadu


Berikutan aduan yang mendakwa caj penalti untuk menamatkan langganan yang dikenakan oleh Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) sebagai tidak masuk akal, pihak kerajaan telah berjanji untuk menyiasat  perkara ini, lapor Berita Harian.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, sebarang tindakan Astro haruslah terikat dengan syara-syarat kita mereka mendapat lesen operasi.

"Astro boleh dikenakan tindakan jika benar ia melanggar syarat-syarat lesen, namun tidak menyatakan tindakan yang akan dikenakan."

"Kita akan siasat sebarang aduan yang diterima oleh mana-mana pengadu dan kita sentiasa mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan pihak Astro (untuk selesaikan masalah berbangkit)," katanya.

Semalam, seorang pengadu bernama Sephia Mhd Bhrm telah memuatnaik status di laman Facebooknya ayng mendakwa pihak astro telah menghantar notis untuk menaikkan ahrga pakej sukan.

Ini menyebabkan beliau bertindak menghubungi pihak Astro untuk menukar pakej, namun menurutnya pihak operator Astro menyatakan dia akan dicaj sebanyak RM120 sebagai penalti untuk tukar pakej.

Ini membuatkan dia membuat keputusan menamatkan langganan Astro, namun dakwanya untuk menamatkan langganan, operator memberitahunya perlu membayar sebanyak RM360 iaitu caj untuk RM120 penalti, RM80 penalti, RM88 bil bulanan dan RM70 untuk notis satu bulan.

Ini menyebabkan beliau tidak berpuas hati kerana tindakan Astro berkenaan sangat tidak adil selain tiada dalam perjanjian.

Menurutnya lagi, sambil ketawa operator berkenaan menyatakan sudah ramai orang membuat aduan mengenai perkara itu.

"Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook," dakwanya operator berkenaan berkata sedemikian yang membuatkan dia bertindak memviralkan perkara ini. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli