Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Burung Unta 'Sesat' di Federal Highway Telah Berjaya Ditangkap



Kuala Lumpur, 16 Jun : Seekor burung unta yang mencuri perhatian umum bila videonya berlari di lebuhraya menjadi viral di media sosial telah berjaya ditangkap dan dibawa balik ke ladang di Semeyih.

Dan burung unta itu mempunyai nama, iaitu Peekaboo.

Malaysiakini melaporkan, seorang saksi, Dr. Rathimalar berkata haiwan berkaki dua itu melompat dari kenderaan ketika melalui depan Universiti Malaya.

Ia bagaimanapun kemudian berlari ke arah lebuh raya kira-kira jam 3 petang.

Kami cuba hadang dengan kereta kerana tidak mahu langgar dan pemiliknya pusing beberapa kali mencarinya,” katanya menerusi laporan itu..

Rathimalar berkata mereka juga menelefon Jabatan Pertahanan Awam tetapi pasukan itu gagal tiba pada masanya.

Burung itu berjaya dikepung dan ditangkap pada sekitar jam 4.15 petang sebelum diambil oleh tuannya yang dikenali sebagai Agus.

Ketika dihubungi, ladang Ostrich Wonderland and Showfarm mengesahkan burung unta itu selamat namun berkata burung itu bukan milik mereka tetapi milik ladang berdekatan.

Kakitangan ladang itu juga berkata Peekaboo tidak akan berakhir di dalam pinggan kerana ia tidak dibela untuk dijadikan makanan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli