Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Budak 2 Tahun Hilang Ditarik Buaya ke dalam Tasik di Disney World


Orlando - Seorang kanak-kanak dua tahun hilang selepas dia ditarik ke dalam tasik oleh seekor buaya di Disney World ketika bermain di pantai Grand Floridian Resort & Spa pada Selasa.

Kanak-kanak tersebut berada di sebuah pantai itu bersama ibu, ayah dan dua adik beradiknya.


Metro.co.uk melaporkan, ketika kejadian, bapa dan ibu kepada kanak-kanak itu cuba menarik anaknya namun usaha mereka gagal.

Polis berkata, terdapat amaran "dilarang berenang" berdekatan dengan tempat kanak-kanak itu hilang.


Kini satu usaha mencari dan menyelamat secara besar-besaran dilakukan untuk mencari kanak-kanak tersebut dan 4 ekor buaya telah dibunuh dalam operasi terbabit.

Sherif Jerry Demings berkata seramai 50 pengawai terlibat dalam operasi mencari di Seven Seas Lagoon dan sehingga kini usaha mencari masih lagi diteruskan.

Susulan insiden, Disneyworld telah menutup pantainya itu. - Siakapkeli.my


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli