Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Batalkah Puasa Kita Jika Berus Gigi Pada Siang Hari Di Bulan Ramadhan?


Pasti ramai tertanya-tanya adakah batal puasa jika memberus gigi atau bersugi pada bulan puasa kerana kita dilarang memasukkan sesuatu dalam rongga badan seperti mulut.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu kenyataannya telah menjawab hal ini di mana belua berkatan amalan bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira sama ada di bulan Ramadan ataupun tidak, lapor Sinar Harian.

"Walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa ubat gigi pada masa kini tidak boleh digunakan kerana mempunyai rasa tertentu, ia merupakan kenyataan yang tidak kukuh kerana kayu sugi pada zaman dahulu juga turut mempunyai rasa yang tersendiri."

“Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.

“Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk mulut seseorang,” katanya malalui laman Facebook.

Mufti perlis itu juga memaklumkan bahawa walaupun terdapat sabda Rasullullah yang mengatakan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi ALLAH, namun ia bukanlah bererti orang berpuasa disuruh untuk membiarkan orang lain menghidu bau busuk dari mulutnya.

Ujar beliau, perkara ini akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada masyarakat bukan Islam terhadap Muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan serta boleh menghilang gambaran keindahan agama ini.

“Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semula jadi ataupun naturality agama ini.

“Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut,” katanya.

Oleh sebab demikian, Asri berharap agar masyarakat Muslim tidak menjadikan faktor bau mulut sebagai penyebab kepada keresahan orang lain terhadap individu yang berpuasa.

“Berpuasa dan bersugilah,” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli