Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Banyak Kebaikan Dan Manfaat Khatankan Anak Lelaki Semasa Seawal Usia Bayi

No Comment

Berkhatan pada dasarnya adalah satu perkara yang baik dan dituntut dalam Islam, walaupun terdapat perbezaan pendapat ulama dalam perkara ini, sudah menjadi kebiasaan bagi kita masyarakat Islam di Malaysia.

Imam Abu Hanifah, Hasan AlBasri dan Ibn Qudamah berpendapat bahawa ia sunat bagi kaum lelaki dan mulia bagi wanita.

Imam Malik, Syafii, Ahmad, AlSya'bi dan Al-Auza'i berpendapat bahawa ia wajib. Imam Malik menyatakan sesiapa yang tidak berkhatan tidak layak menjadi imam dan kesaksiannya ditolak.

Apapun berdasarkan pandangan ulama ini berkhatan sememangnya digalakkan di dalam Islam.

Kebiasaannya bila nak khatan kebanyakkan kita akan tunggu anak berumur 6 tahun ke atas, namun tahukah kita bahawa berkhatan pada usia seawal bayi mempunyai kebaikannya tersendiri.

Jom baca penjelasan Puan Raihanah Amdan yang telah pun mengkhatankan anaknya seawal umur2 bulan, dan beliau berkongsikan kebaikan khatan awal ini.


Alhamdulillah selesai sunat baby mikael😊 Syukur! 
Strong boy mama😘

Panduan Mengkhatankan Anak Lelaki Semasa Bayi:

Terdapat beberapa hadis yang boleh dijadikan panduan dalam menentukan waktu melakukan khatan antaranya;
.
Dari Jabir bin ‘Abdillah ra; bahawa Rasulullah saw melaksanakan aqiqah Hasan dan Husain serta mengkhitan keduanya pada hari ketujuh.(HR; Thabrani dan Baihaqi)
.
Dari Ibnu ‘Abbas ra berkata, “Terdapat tujuh perkara yang termasuk sunnah dilakukan bayi pada hari ketujuh: Diberi nama, dikhitan,….” (HR; Thabrani)
.
Dari Abu Ja’far ra berkata, “Fathimah melaksanakan aqiqah anaknya pada hari ketujuh. Beliau juga mengkhitan dan mencukur rambutnya serta mensedakahkan perak seberat timbangan rambutnya.” (HR; Ibnu Abi Syaibah)
.
Kebaikan Berkhatan Semasa Bayi

1. Komplikasi di kalangan bayi lebih rendah, berbanding kanak-kanak yang disunatkan pada usia lebih tua

2. Kanak-kanak lelaki berusia enam tahun ke atas kebiasannya lebih lasak dan pada usia ini mereka sudah merasai kesakitan

3. Proses penyembuhan bagi bayi lebih cepat mengambil masa kira-kira tiga hingga empat hari sahaja berbanding kanak-kanak yang berusia enam tahun ke atas.




Kesimpulan

Sebagai kesimpulan Imam Al-Mawardzi berkata; ”Khitan itu memiliki dua waktu, waktu wajib dan waktu sunnah. Waktu wajib adalah ketika usia baligh, dan waktu sunnah adalah sebelumnya. Ibnu Hajar mentarjihkan waktu yang paling baik melakukan khitan adalah pada hari ketujuh setelah kelahiran dan tidak melambat-lambatkan khitan sehingga waktu wajib kecuali terdapat keuzuran atau sebab-sebab tertentu. (Fathul Bari 10/342).

Jom Ikut Sunnah... Harini, orang arab, bangsa india pakistan, kaum yahudi, suma mereka sunatkan anak pada waktu afdhal yang nabi kita ajar, iaitu seawal umur 7 hari.. Tp masyarakat melayu kita d nusantara sunatkan ank lelaki lewat2.. bila sunatkan ank lewat, nanti bagaimana solat mereka ketika sunat? 

Kebiasaannya akan beri alasan sakit, dan susah utk solat. Harini kita merasa zalim sunatkn anak kecik2, sbnrnya bkn begitu, sunatkn anak waktu kecil, baby belum terasa sakit ketika disunatkan kerana kulitnya masih lembut, penjagaan pun lebih senang, bayi hanya menyusu badan tak perlu berpantang makan, buang air pun dalam pampers hanya perlu kerap tukar pampers. Boleh mandi macam biasa. Sistem imunisasi baby tinggi InsyaAllah within 5-7 hari da sembuh.

Dr Hamid sendiri galakkan sunat awal boleh elak dari infection & anak akan menjadi bersih. InsyaAllah kita akn dpt lihat anak kelihatan lebih matang dan lebih cerdik.
Banyak hikmah sunat bayi awal usia kerana anjuran Islam itu sangat indah...
Semoga perkongsian ini bermanfaat.

- Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli