Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Audio) Pantun Viral 'Jangan Kata Kapten Tak Payung' : "Saya Tak Sangka Pantun Baru Yang Dibuat Jadi Viral" - Kapten

No Comment
KAPTEN Shahirul bersama ibu tersayang. FOTO ihsan Kapten Shahirul 'Alim Aminudin
Kuala Lumpur, 8 Jun: Sebelum ini viral di media sosial rakaman audio seorang kapten pesawat AirAsia yang berpantun ketika membuat pengumuman di dalam pesawat.

Rakaman audio itu viral setelah ia dimuat naik oleh pengguna Facebook,  Izwah Ibrahim ke media sosial itu.

Menerusi klip yang viral itu kedengaran kapten tersebut mendendangkan pantun yang berbunyi :

"Perut lapar mencari nasi,
Jangan dilupa sambal terung,
Maklumat penerbangan saya dah kongsi,
Jangan cakap kapten tak payung"

Setelah viral, kapten yang mendendangkan pantun itu kemudian ditemuramah oleh akhbar Harian Metro.

"Idea berpantun itu sudah lama saya buat sejak kira-kira setahun lalu sebagai tanda menghargai penumpang pesawat supaya mereka tidak bosan tetapi tidak sangka pula pantun terbaru dibuat Sabtu lalu 'jangan kau kata kapten tak payung' dan 'mi dalam cawan' menjadi viral sejak tiga hari lalu.

"Saya anggap penumpang itu tetamu yang datang ke rumah, jadi sudah tentu saya mahu memberi layanan sebaiknya supaya mereka terhibur," kata juruterbang AirAsia, Kapten Shahirul 'Alim Aminudin, 39, ketika dihubungi Harian Metro di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Shahirul 'Alim berkata, dia menggunakan pendekatan berbeza ketika membuat pengumuman kerana mahu penumpang pesawat berasa selesa, dialu-alukan dan sentiasa dihargai walaupun menaiki penerbangan tambang murah.

Dalam di Facebook Izwah, penumpang pesawat itu menyifakan pengumuman dalam bahasa Inggeris sambil menyelitkan seloka pantun dalam bahasa Melayu yang dibuat Shahirul 'Alim sangat menghiburkan sehinggakan dia memberi perhatian penuh setiap bait yang dilontarkan juruterbang berkenaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli