Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ameng Spring Dibebaskan Awal, Pulang Sambut Ramadhan Dan Aidilfitri Bersama Keluarga



Akhirnya, selepas lima tahun empat bulan, vokalis kumpulan Spring, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 48, akan pulang ke rumah keluarganya di Melaka bagi menyambut Ramadan dan Aidilfitri kali ini bersama keluarga tercinta, lapor Berita Harian.

Beliau dilaporkan telah dibebaskan dari Penjara Kluang kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi,

Ameng kelihatan sebak dan mengalirkan air mata terharu sebaik melihat kehadiran isteri, Sabariah Zakaria, 46, dan anaknya, Wan Ammar Haikal, 9, yang menyambutnya di pintu utama Penjara Kluang sejurus dibebaskan.


"Saya menyesal dan insaf. Sebak rasanya melihat kesetiaan isteri dan anak yang menyayangi saya sepenuh hati dan tidak pernah melupakan saya. 

"Jika bukan kerana kasih sayang tidak berbelah bahagi mereka, mungkin saya sudah gila dan hilang semangat meneruskan kehidupan. 

"Hidup dan mati saya selepas ini hanya untuk keluarga. Saya akan membahagiakan mereka dan berjanji menjadi suami dan ayah yang baik bagi membalas pengorbanan serta kesusahan ditanggung disebabkan saya," katanya.

Ameng sebelum ini telah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011, atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah.

Bagaimanapun hukuman itu telah dipendekkan kerana kelakuan dan disiplin cemerlang yang ditunjukkannya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli