Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ahli Perniagaan Maut Terkena 6 Das Tembakan Selepas Bayar Tol



SHAH ALAM, 15 Jun: Seorang ahli perniagaan mati ditembak ketika sedang memandu berhampiran dengan Plaza Tol Sungai Rasau disini dalam kejadian kira-kira jam 4.35 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Hafien Mamat, ketika kejadian, mangsa yang berusia 43 tahun dipercayai dari arah Klang menuju ke rumahnya di Kajang.

Bagaiamanapun, selepas membuat bayaran tol menggunakan kad Touch N Go, mangsa ditembak oleh individu bermotosikal sehingga menyebabkan kereta yang dipandu olehnya terbabas ke bahu jalan.



"Hasil siasatan, polis menemui 10 kesan tembakan di bahagian luar kereta mangsa manakala enam tembakan di badan mangsa.

"Polis yakin suspek adalah seorang penembak profesional berikutan ketepatan tembakannya," katanya sebagaimana lapor BH Online.




Sementara itu, Harian Metro melaporkan, mangsa yang dikenali sebaga Gooi Tan Hock itu terkena 6 das tembakan.

"Mangsa dikenali Gooi Tan Hock ahli perniagaan dari Kajang.

"Selepas terkena tembakan mangsa yang memandu seorang diri terbabas dan melanggar penghadang jalan," kata Hafien Mamat.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli