Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ada Pengemis Yang Peroleh Hingga RM1,000 Sehari - Pengarah JKM Pulau Pinang

No Comment




GEORGE TOWN, 14 Jun - Siapa sangka mengemis di Malaysia boleh menjana pendapatan yang mewah.

Pengarah JKM Pulau Pinang, Said Sidup mendedahkan ada dalam kalangan pengemis; biarpun dari luaran dilihat sebagai golongan yang daif; mampu mengumpul sehingga RM1,000 sehari hasil dari mengemis.

Menurut beliau, maklumat tersebut diperoleh pihaknya dari hasil siasatan terhadap pengemis yang diselamatkan dalam operasi yang dijalankan oleh jabatan berkenaan di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar bijak dan berhati-hati sebelum menghulurkan derma untuk mengelak tertipu oleh pengemis sama ada yang mengemis secara individu atau didalangi sindiket.

"Sikap pemurah rakyat Malaysia antara punca utama masalah pengemis berlarutan sehingga kini," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Said berkata orang ramai yang ingin menderma dinasihat menghulurkannya kepada badan yang sesuai seperti masjid atau pertubuhan kebajikan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Siakapkeli.my

Sumber : Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli