Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Abang Long Fadhil Cari Saudara Mara di Melaka, Sudah Berpuluh-puluh Tahun Terputus Hubungan



BANDA HILIR, 9 Jun - Bekas gangster Singapura yang pernah viral sebelum ini, Abang Long Fadhil kini dalam usaha untuk mencari saudara mara sebelah bapanya yang berasal dari Alor Gajah.

Sinar Online melaporkan, beliau tidak pernah bertemu dengan mereka sejak lahir kerana dibesarkan di republik itu.

Fadhil, 29, berkata hubungan keluarga dengan saudara-maranya itu terputus sejak Allahyarham datuknya, Busu Osman berhijrah dan menetap di Singapura ketika hendak mendirikan rumah tangga dengan neneknya.

"Biarpun ayah tak mungkin mahu mencari keluarga datuk tapi saya tetap nak cari dan niat ini dah dipasang sebelum diri saya berhijrah pada tahun lepas lagi.

"Saya cari mereka pun sebab tak nak sillaturrahim terputus," katanya.

Fadhil berkata demikian selepas ditemui di Tazkirah Ramadan yang diadakan secara santai dan dihadiri oleh ribuan jemaah di Masjid Selat di sini semalam.

Fadhil juga berkata kawasan kampung halaman datuknya itu kini sudah menjadi tol dipercayai Simpang Ampat, Alor Gajah, menyebabkan semakin sukar untuk menjejak saudara mara sebelah bapanya, Husin Busu, 60, yang terpisah sejak berpuluh tahun. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli