Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Perkara Mudah Yang Boleh Anda Lakukan Untuk Dapat Pahala 'Extra' Ketika Bulan Puasa

No Comment


Ini adalah minggu kedua bagi bulan puasa tahun ini dan semestinya semangat Ramadan masih lagi berkobar-kobar di hati masing-masing.

Jadi, untuk memanfaatkan semangat itu, jom kita sama-sama buat 5 perkara mudah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan pahala 'extra' ketika di bulan yang penuh berkat ini.

1 - Memberikan Makanan Berbuka Puasa

مَنْ فَطَرَ صَائِمًا فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ وَلَا يَنْقُصُ مِنْ اَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئٌ – صحيح النسائى و الترمذى

“Barang siapa yang memberikan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu” (Shohih Nasa’i dan Tirmidzi)

Ingat, walaupun sebiji kurma sekalipun dihulurkan kepada orang sekeliling maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut. Mudah bukan?

2 - Beri Salam

Dalam kesibukan kita sehari-hari bekerja, mungkin kita sudah lupa didikan semasa kecil dahulu, iaitu memberi salam. Apa salahnya memberi salam pada setiap pagi ketika sampai di tempat kerja? Bukan sahaja dapat pahala, malah dapat juga mengeratkan silraturrahim.

3 - Baca Al-Quran

Ramai orang memberi alasan 'sibuk' sekiranya tidak membaca Al-Quran. Setahun sekali apalah salahnya mengambil sebulan di bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan membaca Al-Quran sesungguhnya diketahui pahala di bulan ini berlipat kali ganda dari bulan-bulan biasa.

Sibuk jua? jom amalkan cara ini. Baca Ayat Kursi, 4 Qul dan Al-Fatihah sahaja setiap kali habis sembahyang. Itu pun dah dikira membaca Al-Quran. Lebih elok juga kalau dapat dalami pengertiannya.

Bagi yang tidak mahir atau tergagap-gagap pula anda jangan khuatir kerana anda akan mendapat dua pahala ketika membaca Al-Quran. Satunya pahala tilawah dan satu lagi pahala kerana bersusah payah mencuba.

4 - Berzakat



Jadi apabila mendengar perkataan zakat, ramai yang masih keliru. Sebenarnya zakat bermaksud mencuci. Jadi apabila kita berzakat, kita sebenarnya 'mencuci' harta benda kita disamping membuat pahala.

Ini beberapa jenis zakat yang ada :

 - Zakat Pendapatan : Zakat untuk membersihkan pendapatan kita (selepas tolak komitmen)
 - Zakat Wang Simpanan : Zakat untuk membersihkan wang dalam simpanan kita
 - Zakat KWSP : Zakat untuk wang yang terkumpul dalam KWSP
 - Zakat Fitrah : Zakat yang perlu dibayar sempena hari raya Aidilfitri

Tapi kalau anda malas beratur untuk membayar zakat, jangan risau kerana pihak zakat turut menyediakan kemudahan pembayaran secara online https://www.zakat2u.com.my/payment/fast.

Mengenai berapa banyak jumlah zakat yang perlu dibayar pula, anda boleh gunakan kalkulator yang disediakan oleh pihak di laman itu. Bagi zakat pendapatan, secara kasarnya anda cuma perlu membayar 2.5% setiap bulan dari pendapatan bulanan selepas menolak komitmen termasuk perbelanjaan diri sendiri. Tak banyak kan?


Untuk mengetahui lanjut tentang zakat & pelbagai jenis zakat lagi, anda boleh layari laman web Zakat Malaysia atau anda boleh hubungi mereka sendiri.

5 - Kongsi ilmu di dalam artikel ini!
Berkongsi ilmu pun boleh mendatangkan pahala. Jika anda tidak keberatan, kongsilah ilmu-ilmu di dalam artikel ini kepada rakan, sahabat atau sesiapa sahaja.

Jika ilmu ini bermanfaat dan diamalkan, anda juga akan dapat pahala yang berterusan biarpun sudah meninggal dunia. Percuma kan?


Selagi kita ikhlas untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T, InsyaAllah semua usaha kita akan diterima dan diberi ganjaran.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli