Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

5 Ketua Umno Cawangan Pagoh Letak Jawatan Berkuat Kuasa Serta Merta



PAGOH, 28 Jun - Lima ketua Umno Cawangan Pagoh meletak jawatan berkuat kuasa serta merta berikutan kecewa dengan keputusan Majilis Tertinggi Umno melucutkan keahlikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari parti itu baru-baru ini.

Sinar Online melaporkan, bagaimanapun kelima-lima mereka masih mengekalkan keahlian dalam parti itu kerana sayangkan Umno.

Kelima-lima mereka adalah  Ketua Cawangan Grisek, Datuk Tahir Mohd Taat; Ketua Cawangan Batu Enam, Datuk Abd Aziz Hashim; Ketua Cawangan Parit Medan, Mohd Solihan Badri dan Ketua Cawangan Kurnia Sakti, Hedzer Ahmad serta Ketua Cawangan Kundang Ulu, Ahmad Kamit.

Menurut Tahir, tindakan itu adalah sebagai tanda protes selain membantah keputusan perlucutan Muhyiddin itu.

"Kita membantah pemecatan Tan Sri Muhyiddin yang dibuat oleh MT baru-baru ini. Bagi saya, pemecatan itu dibuat tanpa mengikut prosedur yang selaras dengan perlembagaan parti.

"Tan Sri Muhyiddin menjalankan tanggungjawabnya dengan amanah dan tindakan beliau menegur presiden adalah demi menyelamatkan parti ini," katanya.

Sementara itu, Ahmad pula berkata perlucutan jawatan Muhyiddin itu meninggalkan kesan kepada beliau.

"Beliau (Muhyiddin) merupakan pemimpin yang disegani dan dihormati. Saya boleh terima sekiranya beliau hanya dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden, namun tindakan MT yang turut melucutkan keahliannya sebagai Umno turut membuatkan saya terasa.

“Saya sememangnya tidak dapat menerima keputusan ini dan membantah sekeras-kerasnya tindakan yang dilihat tidak wajar dalam sesebuah parti,” katanya.

Mohd Solihan pula berkata, beliau tidakm menolak andainya wujud parti baru yang diterajui oleh Muhyiddin.

Jika Tan Sri Muhyiddin mahu memperjuangkan nasibnya dengan menubuhkan parti politik baru, saya dan rakan-rakan yang lain sedia untuk membantu beliau dan meneruskan perjuangan parti berkenaan.

“Saya percaya sebenarnya ramai yang membantah dan mahu keluar daripada parti namun mereka masih teragak-agak kerana tidak jelas dan keliru dengan pendirian mereka. Namun saya pasti, keputusan kami ini boleh mempengaruhi ahli Umno lain yang dilihat begitu kecewa terhadap tindakan MT ini,” katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli