Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wings Luah Hasrat Adakan Konsert Amal Bantu Yazit


Kuala Lumpur: Kumpulan rock popular Wings semalam telah meluahkan hasrat mereka untuk membantu pemain dram Search, Yazit Ahmad, 54, yang ketika ini menderita sakit buah pinggang, lapor Harian Metro.

Menurut Vokalis kumpulan Wings, Awie, 48, dia bersama anggota kumpulan yang lain iaitu Joe, Eddie dan Black kini dalam proses perbincangan untuk mengadakan persembahan amal bagi mengumpul dana untuk membantu Yazit.

"Sebagai rakan yang sudah lama mengenali Yazit, kami terpanggil untuk membantunya. Apatah lagi, sekarang timbul konflik membabitkan dia dengan anggota Search.

"Bukan saja Wings, ada beberapa pelawak dan pelakon lain juga akan turut serta dalam program amal ini nanti. Mereka juga meluahkan rasa simpati dengan keadaan Yazit sekarang," katanya.

Awie bagaimanapun memberitahu bahawa proses untuk mengadakan konsert amal berkenaan masih dalam proses perbincangan kerana mereka memerlukan pendapat daripada banyak pihak.

"Idea ini sudah lama difikirkan cuma masih belum dapat direalisasikan. Bukan apa, kami perlu memikirkan mekanisma dan idea terbaik bagi menjayakannya.

"Kami tidak mahu ia dilihat sebagai program syok sendiri. Sebab itu, ia memerlukan perbincangan rapi ditambah pula ia membabitkan banyak pihak," katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli