Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Wanita Temui Mayat Cucu Baru Lahir Ditanam Belakang Rumah



BALING, 26 Mei - Seorang wanita terkejut apabila menjumpai mayat seorang bayi lelaki yang juga cucunya ditanam di belakang rumahnya di Ladang Pelam, Malau dekat sini.

Kosmo! melaporkan, bayi itu dilahirkan pada Sabtu oleh anak perempuan wanita tersebut yang berusia 19 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Shariffudin Yusoff, wanita yang berusia 45 tahun itu pada mulanya melihat kesan tanah yang baru sahaja digali ketika dia melalui kawasan belakang rumahnya pada jam 3 petang kelmarin.

Selepas menggali tanah itu, wanita tersebut menemui mayat bayi itu yang dilahirkan oleh anak perempuannya yang berusia 19 tahun itu tanpa pengetahuannya.

"Mayat bayi perempuan itu ditemui tertanam lebih kurang 30 sentimeter panjang dan 30 sentimeter lebar sebelum keluarga berkenaan membuat laporan di Balai Polis Malau," katanya ketika dihubungi hari ini.

Anak kepada wanita itu juga ditahan untuk siasatan selepas dia mengaku bayi yang ditemui itu adalah bayinya.

"Remaja berkenaan mengaku dia mengandungkan bayi berkenaan hasil hubungan sulitnya dengan seorang lelaki Indonesia bernama Ajib yang dikenalinya sejak setahun lalu," kata Shariffudin.

Katanya juga, sepanjang remaja itu mengandung, dia berjaya menyembunyikan kehamilannya tanpa diketahui oleh sesiapapun.

"Hasil soal siasat terhadap remaja itu, dia mengakui melahirkan bayi berkenaan pada 21 Mei (Sabtu) lalu pada sebelah malam tetapi tidak pasti pukul berapa di dalam biliknya.

"Katanya, remaja itu hanya sempat mendengar bayinya menangis sekali sahaja sebelum pengsan," katanya lagi.

Beliau juga berkata pada esoknya, selepas suspek tersedar, dia mendapati bayi itu sudah tidak bernyawa dan merasa takut lalu menanam bayi itu di belakang rumah dipercayai menggunakan sebatang cangkul untuk menanam mayat bayi itu.

Kata Shariffudin, suspek kini berada di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli