Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral 'Telur Halal' Keterlaluan - JAKIM



SHAH ALAM - JAKIM menyifatkan tindakan pengeluar mengedarkan telur ayam yang dicop dengan logo halal sebagai keterlaluan.

Sebelum ini, gambar telur-telur itu telah menjadi viral di media sosial.

JAKIM berkata tindakan meletakkan logo halal pada setiap telur adalah bercanggah dengan peraturan berkaian label logo halal, lapor Bernama.

"Sebagai makluman pengguna, Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan terhadap produk telur ayam adalah bagi memastikan proses pembersihan dan pembungkusan tidak melibatkan proses yang meragukan.

"Pengguna adalah dinasihatkan agar berhati-hati di dalam memilih dan mempercayai viral yang disebarkan khususnya sebelum menyebarkannya semula," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, gambar telur ayam yang dicop 'halal' dengan dakwat warna hijau tersebar di media sosial.

Sehubungan itu, Jakim meminta orang ramai merujuk laman webnya atau direktori Halal Malaysia mengenai sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli