Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Kononnya Kucing Diracun Dalam Kampus : Pengarah Kampus UTM Beri Penjelasan Sebenar


Kuala Lumpur, 20 Mei - Sejak semalam, viral sekeping gambar yang memaparkan beberapa ekor kucing mati yang kononnya akibat dianiaya di kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur.

Menangkis dakwaan itu, Pengarah Kampus universiti tersebut, Prof Dr. Durrishah Idrus tampil memberi penjelasan rasmi di Facebooknya semalam.

"Saya, Prof Dr Durrishah Idrus, selaku Pengarah Kampus UTM Kuala Lumpur, meminta Tuan-Tuan, Puan-Puan Terhormat berhenti mengviralkan kononnya ada penganiayaan berlaku terhadap kucing- kucing dalam kampus UTMKL sehingga lima ekor kucing mati dalam kampus.", nafi beliau.

Tambah Durrishah, gambar itu diambil dengan tujuan siasatan dan sebelum kucing itu ditemui mati, terdapat beberapa ekor anjing liar masuk ke dalam kawasan kampus berkenaan.

"Ingin saya tegaskan, gambar kucing-kucing itu diambil dengan kehadiran Pegawai-Pegawai keselamatan kami, utk tujuan siasatan kami, dan penanaman kucing-kucing itu selepas itu.

"Apa yg berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar. Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.", jelasnya.

Beliau juga turut turut berkata penyebar gambar itu telah memohon maaf kepada UTM Kuala Lumpur.

"Malangnya, ada orang yg ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL, malah ada ramai pencinta kucing yg memberi/membelikan kucing makanan pun. Perkara ini telah pun selesai disiasat, dan yang menyebar berita salah telah memohon maaf kepada UTMKL / saya secara rasmi. 

"Saya tidak berniat memanjangkan perkara ini, kecuali jika ia berpanjangan memburukkan nama baik UTM. Apabila yg bertanggungjawab menyebar berita palsu kucing diracun telah meminta maaf, kami anggap isu ini selesai.", kata Durrishah.

Gambar kucing tersebut menjadi viral setelah ia dimuat naik di laman Facebook sejak semalam dan mendatangkan kecaman dari orang ramai. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli