Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Viral Kononnya 'Doktor Sengaja Siat Kaki Pesakit' : Pemviral Tampil Buat Permohonan Maaf



15 Mei - Susulan viral satu posting yang mengecam tindakan doktor di sebuah hospital yang kononnya menganiaya dengan 'menyiat kaki ibunya', lelaki yang memviralkan perkara itu akhirnya tampil memohon maaf.

Zulkifli bin Halid, membuat permohonan maaf itu di laman Facebooknya semalam dengan berkata postingnya yang viral itu ditulis dengan dorongan perasaan marah dan kecewanya ketika itu.

"Tolong viralkan..

"Assalamualaikum.. Saya zulkifli bin halid.. Dengan rasa bersalah memohon maaf keatas "Viral" yang telah tersebar.. 

"Dengan ayat kecaman dan hinaan terhadap hospital selayang dan doktor yang terlibat.. Yang pada ketika itu didorong perasaan marah dan kecewa dengan apa yg terjadi kepada ibu saya..", tulis Zulkifli.

Selain itu, beliau berkata biarpun telah diberi penjelasan oleh beberapa pakar pada 12/5, dia hanya jelas tentang perkara itu apabila diberi penjelasan lengkap oleh seorang doktor yang bernama Rosdi semalam.

"Penjelasan yg diberikan oleh beberapa doktor pakar hospital pada 12/5 tidak dapat diterima oleh saya dan keluarga kerana pada waktu itu kami merasakan hak kami dan ibu masih dinafikan.. 

"Dan selepas mendapat penjelasan lengkap oleh doktor rosdi.. Pada jam 4.45pm 14/5.. Barulah semuanya jelas..", katanya.

Selain itu beliau juga turut berterima kasih kepada doktor yang terpaksa membuat keputusan sukar untuk pembedahan itu dan juga kerana terpaksa bersabar dengan karenah ahli keluarga.

"Kesilapan hospital hanyalah information kepada waris sebelum dan selepas pembedahan.. Terima kasih kepada doktor yg terpaksa membuat keputusan yg sukar semasa pembedahan ibu saya dan bersabar dengan kerenah kami.. 

"Penjelasan tentang pembedahan yg diberikan oleh dr rosdi juga sangat jelas.. Kerana ada tricky.. Iaitu keadaan yg tak disangka dan perlu membuat keputusan segera.. 

"Jenis kuman juga telah diberitahu dan antibiotik yg sesuai juga telah diberikan.. Saya memohon maaf kepada doktor atau pakar lain yg ada memberi penjelasan di fb tetapi saya masih tidak dapat terima.. Sekali lagi dengan rasa tanggungjawab.. 

"Saya memohon maaf kepada pihak hospital.. Pengarah.. Timbalan pengarah hospital.. Doktor2 dan semua yang terlibat.. Terima kasih kerana bersabar dengan orang bodoh ini iaitu saya.. Sekali lagi.. Maafkan saya dan keluarga saya.. Assalamualaikum wbt..", kata Zulkifli mengakhiri nukilannya itu. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli