Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Warga Emas Sakit Rayu Anak Yang Sudah 21 Tahun Datang Ke Malaysia Supaya Pulang


Seorang lelaki warga emas bernama Mbah atau Pak Cik Senen yang tinggal Kadipaten Ponorogo Rt 1 Rw 2, Ponorogo Jawa Timur merayu supaya anak perempuannya, Poniatun, yang telah datang ke Malaysia sejak 21 tahun lalu supaya pulang.

Menurut cerita sumber, Pak Cik Senen dikatakan setiap hari menunggu khabar berita Poniatun dan menunggu kepulangan anaknya itu sehingga menjadi buta dan sakit.

Beliau telah meminta tolong dari semua saudara maranya untuk mencari anaknya itu tetapi mereka tidak berjaya menemui Poniatun.

"Saya berharap sangat supaya rakyat Malaysia yang mengenali Poniatun supaya menyampaikan pesanan kepadanya supaya pulang ke Jawa untuk menemui ayahnya itu yang amat rindukannya," kata Rama, sumber yang bertanggungjawab cuba mencari Poniatun.


Gambar Poniatun

Ketika cuba disampaikan berita tentang anaknya, kelihatan Pak Cik Senen ternyata teruja berdasarkan rakamana video walaupun bukan berita mengenai penemuan anaknya.

"Aku sering memikirkan dia(Poniatun) sehingga siang dan malam sampai sakit dan akhirnya aku tidak dapat melihat, semoga pesanku ini kepada saudara terutamanya yang ada di Malaysia atas izin Allah aku dapat bertemu dengan anakku, Alhamdulillahhirabbil Alaminn" kata Pak Cik Senen berdasarkan rakaman video ketika dihantar sarapan pagi kepadanya oleh Encik Rama.

Kepada sesiapa yang mengenali Poniatun yang kini kemungkinan berumur kini 40-50an boleh hubungi En Rama atau kepada kami. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli