Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sabar, Polis Akan Panggil Peniaga Durian Itu untuk Keterangan Dan Siasat Betul Atau Tidak Dia Buat Salah



Kuala Lumpur, 19 Mei: Susulan viral satu video seorang individu yang dituduh orang ramai kerana seoalah-olah meludah pek buah durian ketika pembukusan, pihak polis akan memangil peniaga durian tersebut untuk memberi keterangan.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata tindakan akan diambil jika ada kesalahan yang dilakukannya.

"Kami akan memanggil peniaga berkenaan dan akan siasat perkara ini. Jika didapati melakukan kesalahan, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sedia ada.

"Setakat ini tiada laporan polis dibuat dan tiada penahanan. Unit peronda sudah memantau lokasi malam tadi tetapi peniaga berkenaan sudah tiada," katanya lapor Harian Metro.

Pihak Siakap Keli juga banyak menerima kiriman video tersebut dari orang ramai namun pihak kami bertindak untuk tidak berbuat apa-apa kerana video tersebut tidak boleh dijadikan bukti tuduhan memandangkan ia kurang jelas. Selain itu kami juga beranggapan ia mungkin satu salah faham yang mana peniaga tersebut sebenarnya meniup pek durian bagi membuang debu jalan.

Sejak petang semalam, rakaman video yang didakwa berlaku di Taman Sri Gombak itu menjadi viral di media sosial.

Akibat serangan orang ramai secara terus ke kedainya itu, peniaga tersebut sudah tidak lagi berniaga di situ.

Seorang lelaki yang enggan dikenali ketika ditemui oleh Harian Metro di lokasi berkata, gerai berkenaan sudah beroperasi lebih 10 tahun di situ, dan berlaku sedikit kekecohan, kira-kira 9 malam tadi.

"Selepas rakaman itu viral petang tadi (semalam), orang ramai datang dan marah-marah. Mereka pun berkemas bawa semua barang jualan masuk ke dalam lori," katanya.

Selain itu, pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Gombak turut kelihatan membuat tinjauan di kawasan itu. — Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 1 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli