Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Enjin Pesawat Milik Korean Airlines Terbakar Ketika Hendak Berlepas


TOKYO: Penumpang dan anak kapal sebuah pesawat penumpang milik Korean Airlines menghadapi detik-detik cemas apabila pesawat yang dinaiki mereka yang sedang hendak berlepas mengalami kebakaran di bahagian enjin.

Pesawat Boeing 777  yang membawa 319 penumpang itu sedang bersedia untuk berlepas dari Lapangan Terbang Haneda di Tokyo sebelum mengesan terdapat kebakarn di enjin kiri pesawat.

Insiden berkenaan memaksa pihak berkuasa menutup sementara operasi di lapangan terbang paling sibuk di Jepun tersebut.

Pihak keselamatan lapangan terbang bertindak pantas dengan menyembur pemadam buih dan empat buah gelongsor kecemasan telah dibuka.



Pesawat yang dijangka melakukan penerbangan ke Seoul, dilengkapi dengan dua enjin Pratt & Whitney PW4000.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan namun 30 penumpang berkata, mereka berasa tidak sihat. - Siakapkeli.my



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli