Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Inginkan Percutian Yang 'Private'? Jom ke Sebuah Pulau di Malaysia Ini

No Comment

Anda mungkin tidak mahu pulang sekiranya anda berada di Pulau Perhentian. Ia merupakan lokasi percutian yang sangat berbaloi dan wajib dijadikan salah satu senarai destinasi pelancongan anda.

Lihat sahaja pantainya yang panjang dan pasirnya yang memutih pasti membuatkan anda tergamam apabila mejejakkan kaki di Pulau Perhentian.

Malah bukan itu sahaja, kondisi airnya yang jernih seakan-akan hampaian kaca dan keindahan batu karangnya yang pelbagai pasti membuatkan anda tidak sabar untuk aktiviti snorkeling atau pun menyelam.



Bagaimanapun, tidak lengkap jika percutian di Pulau Perhentian tanpa tempat penginapan yang terbaik. Anda boleh menginap di Perhentian Island Resort, sebuah resort persendirian yang dijaga dengan rapi dan mempunyai pemandangan yang Woww.

Disini kami kongsikan beberapa kelebihan resort ini.

Penginapan Yang Selesa Lagi Sensasi

Resort ini menyediakan penginapan impian dimana rekaan biliknya yang moden dan baharu pasti membuatkan anda selesa dibuai deruan ombak yang memecah pantai dan menjadikan percutian anda lebih sensasi. Ohh yer, Setiap bilik juga didatangkan dengan beranda tersendiri!




Pemandangan yang memukau

Di Perhentian Island Resort, pemandangannya tersangatlah cantik kerana ianya adalah resort persendirian dan dijaga rapi oleh pengurusannya. Pasti anda akan terpukau dengan keindahan di Perhentian island Resort.

Nah, kami kongsikan beberapa gambar pemandangan yang pasti buat anda jatuh hati dengan kawasan pantai terpanjang di Pulau Perhentian Besar juga eksklusif milik resort ini.





Nak Beriadah Pun Boleh

Mahu isi masa bercuti anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik? Jangan risau kerana resort ini menawarkan pelbagai aktiviti dan kemudahan untuk anda. Antaranya:
  • Scuba Diving
  • Kayak
  • Snokerling
  • Snooker
  • Tenis, bola tampar & bola sepak pantai
  • Swimming pool
  • Bilik mesyuarat (pun ada)

Makanan Yang Sedap & Segar

Anda tidak perlu risau bab makanan kerana resort ini menawarkan pelbagai jenis makanan yang 100% dijamin halal. Jom lihat dua restoran yang boleh didapati di resort ini.

Pinang Seribu Restaurant - Menyediakan makanan antarabangsa dan makanan tempatan. Kalau anda ingin bawa orang tua anda bercuti dan risau tentang makanan, boleh bawa mereka ke Perhentian Island Resort dan tidak perlu khuatir tentang makanan untuk mereka.




Beach Front Terrace - Ber-BBQ sambil tengok keindahan pantai. Sangat sempurna jika anda ingin berlibur dan meluangkan masa anda bersama keluarga dan mereka yang tersayang.



Apa kata mereka yang sudah singgah?

Antara 'review' yang kami kutip menerusi portal percutian mengenai Perhentian Island Resort.

Komen dari Tripadvisor

Komen dari Tripadvisor
Komen dari Tripadvisor
Komen dari Tripadvisor

Jom tonton video pendek ini untuk merasai sedikit sebanyak suasana di Perhentian Island Resort. Untuk maklumat lanjut dan pelbagai lagi info menarik, boleh layari perhentianislandresort.net  atau facebook page Official Perhentian Island Resort, Instagram @perhentianislandresort dan Twitter @perhentian_pir. Pastikan anda 'follow' laman media sosial mereka untuk dapatkan promosi yang terkini.

Untuk mendapatkan harga istimewa, sila ke laman web www.perhentianislandresort.net dan masukkan kod SIAKAP KELI. Jangan ketinggalan!



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli