Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Asus Perkenalkan Robot Zenbo Yang Dijual pada RM2,463, Ini Antara Perkara Yang Zenbo Boleh Tolong Anda di Rumah


Taipei, 30 Mei - ASUS hari ini membuat kejutan sehari sebelum berlangsungnya pameran komputer Computex 2016 dengan memperkenalkan robot pembantunya yang diberi nama Zenbo.

Robot yang mempunyai kepala empat segi dan berbadan bulat itu dijual pada harga RM2,465.

Menurut presidennya, Jonny Shih, robot itu mempunyai ketinggian hingga paras lutut lelaki dewasa.

"Ini adalah masa depan dan ia akan digunakan untuk pendidikan, hiburan, kesihatan dan banyak lagi," kata Shih.


Apa Yang Zenbo Boleh Lakukan?

Sekali pandang, Zenbo kelihatan seolah-olah sebuah radio gemuk yang mempunyai kepala segi empat. Tapi jangan risau kerana robot ini boleh bergerak dengan sendirinya dan memberi respon terhadap arahan suara.

Jika anda gemar memasak, robot ini boleh bekerja untuk anda dengan mencari dan membaca resepi untuk anda.

Selain itu, Zenbo juga boleh menolong anda membeli belah online termasuklah dalam perihal memasukkan password.

Antara perkara lain yang boleh dilakukan oleh Zenbo adalah mengambil gambar anda seterusnya menggantikan stik selfie.

Menerusi video pengenalan robot itu yang dimuat naik di Youtube, ASUS turut mengetengahkan kebolehan Zenbo menolong warga emas.

Di dalam video itu, seorang warga emas kelihatan terjatuh di dalam rumah keseorangan. Zenbo kemudian mengambil gambar warga emas itu dan menghantar gambar itu kepada cucu lelaki tersebut.

Antara kebolehan lain yang ada pada Zenbo adalah menyanyi, menari dan membaca cerita termasuklah mengajar kanak-kanak. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli