Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ular Hitam Gemparkan Warga Sekolah

No Comment

KULAI, 10 Mei: Pelajar dan guru di Sekolah Kebangsaan Senai dekat sini cemas apabila menemui seekor ular hitam di tingkap dewan sekolah tersebut ketika sedang bersiap untuk mengadakan perhimpunan pada pagi tadi.

Reptilia sepanjang 1.37 meter itu disedari oleh tiga murid kira-kira 7.30 pagi apabila mereka memasuki dewan itu untuk melakukan persiapan.

Mereka kemudian memaklumkan perkara itu kepada seorang guru.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Putra Kulai, pihaknya menerima panggilan pada 7.58 pagi dan sebuah jentera dengan dua anggota dikerah ke lokasi.

"Pihak bomba menggunakan penjerut khas dan mengambil masa antara 10 hingga 15 minit bagi menangkap ular berkenaan. 

"Ular berkenaan dipercayai daripada jenis berbisa," katanya lapor BH Online. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.


Blogger ( 0 ulasan )

Facebook ( comments)

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli